Posts

Showing posts from November, 2020

Nak Kurus? Gardenia Canadian Purple Wheat PILIHAN YANG TEPAT UNTUK ANDA!

Image
  Alamak...alamak...sudah 58.8 Kg berat, macam berlumba pula dengan cik abang siapa yang lebih 'berat' dalam rumah. Sejak musim covid-19, kurang berjalan asyik lapar dan lapar dan lapar. Macam mana mau diet ni. Kalau nak kata kurang makan  nasi memanglah kurang, hanya makan roti , tapi tak juga berkurang berat badan.  Barangkali perlu tukar roti, baru boleh kurus. Apa kata kita makan roti  Gardenia Canadian Purple Whea t, dengar kata ramai yang dah kurus lepas sebulan makan roti ni. Sebelum kita nak makan, kita kenalah tahu apa pasal roti ni boleh bantu kita nak kurus, ala..nanti kawan-kawan kita tanya, takkanlah kita tak nak cerita sambil memberikan motivasi ala-ala trainer fitness, tak gitu?   Apa itu Glycemic Indeks? Mula-mula kita kena tahu tentang Glycemic Indeks kalau nak pilis roti untuk kuruskan badan. Glycemic Index (GI) atau Indeks Glisemik  ini adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat itu memberi kesan kepada tahap gula dalam

Apakah ' Keunikan' Produk Gardenia

Image
  Mungkin kita sebagai pengguna tertanya-tanya apakah yang membuatkan orang  tertarik membeli roti Gardenia. Tidak dapat di nafikan warna-warna yang ada pada pembungkus roti Gardenia sangat menarik perhatian pembeli. Warna pembungkus roti putih, adalah berdasarkan warna bendera Amerika, namun iajuga  tidak berapa jauh juga dengan bendera Malaysia, dan kombinasi warna pembungkus roti gardenia tersebut, adalah kombinasi bendera negeri di Malaysia. Tentu para pembaca boleh teka, Negeri mana. Selain daripada itu pembungkusan warna roti-roti gardenia terdiri daripada warna-warna terang  yang membangkitkan emosi kegembiraan kepada pembeli. LABEL PRODUK Pelabelan ringkas yang memaparkan infomasi tentang produk juga menjadikan roti Gardenia menjadi pilihan pelanggan kerana pelanggan merasakan bahawa produk itu TERBAIK dan menepati piawaian kesihatan mereka. Pelabelan produk Gardenia yang baik membantu pelanggan memastikan produk yang di beli itu berada dalam keadaan yang baik dan jaminan bahaw

Umpan Roti Gardenia Pilihan Pemancing

Image
  Tiada yang lebih indah bagi pemancing selain daripada rentapan ikan yang memakan umpan di joran. Pelbagai-bagai Teknik dan eksperimen campuran umpan di cuba untuk memastikan mereka berjaya menarik ikan baik dari sungai, kolam, tasik atau laut. Bagi umpan roti, selalunya ia adalah untuk memancing di kolam , tasik dan sungai mengikut ‘selera’ ikan. Jangan ingat ikan tiada 'selera', kerana jika anda bersembang dengan kaki pancing mereka akan memberikan anda resepi- resepi istimewa agar anda tidak pulang dengan tangan kosong. Sebagaimana yang  umum mngetahui, roti putih adalah menjadi makanan ikan terutamanya ikan kolam/ tasik. Tak percaya? Cuba anda bawa sebungkus dua roti putih dan beri makan ikan-ikan di taman-taman tasik, tengok betapa pantasnya roti anda itu habis di makan ikan. Tak payah tunggu lama, 5 minit dah habis dan anda akan ke kedai dan beli lagi, dan kemudian di sebabkan teruja, asyik  dan seronok melihat ikan-ikan melompat- lompat menangkap cebisan balin