Umpan Roti Gardenia Pilihan Pemancing

 





Tiada yang lebih indah bagi pemancing selain daripada rentapan ikan yang memakan umpan di joran.

Pelbagai-bagai Teknik dan eksperimen campuran umpan di cuba untuk memastikan mereka berjaya menarik ikan baik dari sungai, kolam, tasik atau laut.

Bagi umpan roti, selalunya ia adalah untuk memancing di kolam , tasik dan sungai mengikut ‘selera’ ikan.

Jangan ingat ikan tiada 'selera', kerana jika anda bersembang dengan kaki pancing mereka akan memberikan anda resepi- resepi istimewa agar anda tidak pulang dengan tangan kosong.

Sebagaimana yang  umum mngetahui, roti putih adalah menjadi makanan ikan terutamanya ikan kolam/ tasik.

Tak percaya? Cuba anda bawa sebungkus dua roti putih dan beri makan ikan-ikan di taman-taman tasik, tengok betapa pantasnya roti anda itu habis di makan ikan.

Tak payah tunggu lama, 5 minit dah habis dan anda akan ke kedai dan beli lagi, dan kemudian di sebabkan teruja, asyik  dan seronok melihat ikan-ikan melompat- lompat menangkap cebisan balingan roti anda, sedar tak sedar sudah 10 bungkus roti yang  sudah diberi makan kepada  ikan.

 Lebih kurang  begitulah keseronokan menggunakan roti sebagai umpan pancing.


                                              


                                      Ohhhh Gardenia Sungguh Sedap Di Makan Begitu Saja..
                                      Kredit pic: Google



PENYEDIAAN BAHAN- BAHAN UMPAN ROTI

Antara ikan yang begitu menggemari umpan Roti Gardenia adalah ikan patin  kolam atau sungai.

Bagi kaki pancing yang berhajat untuk mendapatkan patin , terdapat teknik dan 'resepi' pertambahan perisa untuk memastikan umpan mereka menjadi. 

 Bahan – bahan yang di perlukan  adalah:

-          1. Satu buku Roti Gardenia – Murah dan ikan suka

       2. Paste Perisa - Sebaiknya paste yang akan digunakan untuk umpan roti adalah dari jenis             yang  berminyak dan masam – Pemancing mesti tahu, kalau tak tahu pergi tanya tokey              kedai pancing kalau segan nak tanya kawan-kawan.

-           3. Essen Star Brand -  Pemancing mesti tahu, kalau tidak tahu tanya isteri atau ibu anda.

                                            Contoh Perisa Jenama  Green Bait



                                           Contoh essen  Star Brand


 

CARA – CARA PENYEDIAAN UMPAN ROTI GARDENIA MUDAH

Paling penting adalah Pembuatan bahagian ‘ inti’ umpan.

 

Pertama, Potong kulit bahagian tepi sekeliling roti terlebih dahulu kemudian potong secara menegak menjadi 3-4 bahagian atau kepingan. Lakukan pada kesemua roti di dalam bungkusan.

 Kedua, Setiap kepingan itu kemudiannya dipotong lagi kepada 3-4 bahagian. Dari sekeping roti lazimnya kita akan memperoleh 3-12 ketulan roti dadu. Roti dadu ini kemudiannya barulah dicampurkan dengan perisa umpan yang diingini


                                             Penyediaan umpan adalah begini.

                                                     Kredit pichttps://www.umpan.com.my/taktik-teknik-guna-umpan-roti/


 

Setiap pemancing professional atau pemancing yang biasa bermain di kolam/ sungai kegemaran mereka akan tahu ikan patin yang mereka mahu umpan tu suka perisa apa.

 Ada ikan yang suka perisa nanas, ada yang suka strawberi, pisang atau lain-lain lagi.

Jangan lupa tambah essen Star Brand mengikut citarasa ‘ kegemaran’ ikan-ikan yang anda hendak pancing.

 Antara yang biasa di gunakan adalah vanilla, cokelat dan pandan.

 Ini  sekadar contoh. Ada pelbagai lagi perisa dan essen di kedai-kedai pancing untuk anda gunakan sbgai ‘ eksperimen’ memancing anda.

 Setelah selesai bahagian  resepi ‘ inti’ umpan,  ambil roti dadu tersebut dan cangkukkan pada mata kail dan ditembuskan pada perambut kira-kira 3-5 kepingan. Manakala 2 kepingan lagi dicangkukkan pada mata kail.

Apabila sudah mencangkukkan roti dadu pada kedua-dua perambut,  genggam dan kepalkan jangan terlalu kuat, nanti pecah memadai dengan ia di cangkuk dengan baik di mata kail sahaja.                                                                                                                                                               

Letakkan bahagian inti yang telah dikepal ke atas roti dadu atas tapak tangan. Pastikan perambut mata kail berada agak dalam.

Kemudian letakkan lebihan roti dadu bagi mengutup bahagian inti yang telah diletakkan tadi.

Langkah terakhir, kepalkan semuanya hingga kejap. Pastikan kepalan yang dilakukan tidak terlalu kuat dan sekadar kesemua roti dadu melekat antara satu sama lain dan tidak berderai ketika membuat lontaran.

Kredit : https://www.umpan.com.my/taktik-teknik-guna-umpan-roti/

 

UMPAN CAMPURAN ROTI GARDENIA DAN DEDAK UNTUK ROHU

Bagi yang mahu mengumpan ikan  Rohu, apa kata cuba bancuhan dedak bagini?

 

Cara-caranya:

1.   Sekeping Roti Gardenia di potong  dadu, dan di campur dengan perisa keladi/ stawberi/ pandan kemudian di gaul rata di dalam bekas.


2.   Kemudian di kepal dan di cangkukkan ke mata kail.


3.   Memandangkan mulut ikan Rohu itu kecil, saiz yang sesuai adalah saiz mata kail 2/3/4 Berkley.


4.   Dedak yang di gunakan adalah Dedak 929, 1kg + ( sedikit air dalam 200ml + 5 penutup perisa).


5.   Bancuh rata Roti Gardenia dan dedak, dan tambahkan air sekiranya dedak kering sangat.


6.   Campuran umpan mestilah seperti ‘ gam’ yang boleh membalut mata pancing.


7.   Biasanya umpan di tukar 5 minit sekali bagi ‘ first cast’, kemudian setiap 10 atau 20 minit baru tukar umpan baru, kerana makin lama umpan camburan dedak dn roti lebih ‘ sebati’ dan tahan lebih lama dalam air.


        Kredit : https://www.facebook.com/greenbait/



UMPAN dan PEMANCING BAGAIKAN IRAMA DAN LAGU

Tidak namanya PEMANCING jika tidak tahu bagaimana nak sediakan  umpan yang ada 'Ummphhh'.

Setiap pemancing yang bergelar ‘ Kaki Pancing’ ada skil mereka yang tersendiri dalam memastikan mereka tidak kecewa kerana joran tidak bersambut.

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan hobi memancing bolehlah cuba menggunakan ‘ resepi’ umpan memancing yang di berikan.

Bahan-bahan untuk membuat umpan-umpan ini boleh di dapati di kedai-kedai pancing, kecuali roti Gardenia, ia perlu di dapatkan di kedai-kedai runcit atau pasaraya berhampiran anda.

 Selepas cuba, bolehlah komen tentang umpan-umpan ini, sambal- sambal berkongsi tip-tip memancing bagi kaki-kaki pancing yang lain.

 

 

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Kenali roti Loaf Gardenia anda,

Apakah ' Keunikan' Produk Gardenia