Apakah ' Keunikan' Produk Gardenia

 





Mungkin kita sebagai pengguna tertanya-tanya apakah yang membuatkan orang  tertarik membeli roti Gardenia.

Tidak dapat di nafikan warna-warna yang ada pada pembungkus roti Gardenia sangat menarik perhatian pembeli.

Warna pembungkus roti putih, adalah berdasarkan warna bendera Amerika, namun iajuga  tidak berapa jauh juga dengan bendera Malaysia, dan kombinasi warna pembungkus roti gardenia tersebut, adalah kombinasi bendera negeri di Malaysia.

Tentu para pembaca boleh teka, Negeri mana.

Selain daripada itu pembungkusan warna roti-roti gardenia terdiri daripada warna-warna terang  yang membangkitkan emosi kegembiraan kepada pembeli.






LABEL PRODUK




Pelabelan ringkas yang memaparkan infomasi tentang produk juga menjadikan roti Gardenia menjadi pilihan pelanggan kerana pelanggan merasakan bahawa produk itu TERBAIK dan menepati piawaian kesihatan mereka.

Pelabelan produk Gardenia yang baik membantu pelanggan memastikan produk yang di beli itu berada dalam keadaan yang baik dan jaminan bahawa produk tersebut  mempunyai tarikh luput.

Selain daripada itu, harga produk juga di letakkan di bungkusan, menambahkan lagi keyakinan pengguna untuk membeli produk Gardenia kerana mereka tidak akan tertipu dengan pekedai yang tidak bertanggungjawab meletakkan harga produk sesuka hati.




RASA ROTI

Dari segi penyediaan pula, Gardenia menggunakan teknik ' Sponge and Dough making' yang menjadikan tekstur lembut, dan tepi roti (kerak roti)  yang juga lembut dan lazat .

Kaedah pembungkusannya yang bersih dan cermatadalah bagi memastikan roti Gardenia tetap segar dan sedap sehingga bungkusan roti tersebut di buka sendiri untuk di nikmati oleh pengguna.


KHIDMAT SOKONGAN SELEPAS JUALAN

Khidmat sokongan Gardenia juga adalah antara yang terbaik. ini kerana, sebuah syarikat yang mengadakan perkhidmatan sokongan  selepas jualan adalah lebih dekat dengan hati pelanggan.

Antara perkhidmatan sokongan selepas jualan adalah para pelanggan boleh membuat aduan kepada syarikat tentang produk atau sebarang ketidakpuasan hati terhadap Gardenia.

Para pelanggan boleh membuat aduan/ atau rungutan melalui talian, website, Facebook atau Instagram Syarikat.

Selain itu, Gardenia juga menawarkan gantian jika ada aduan tentang produk seperti kerosakan produk, produk keras atau produk tidak menepati piawaian biasa roti gardenia yang di beli oleh pelanggan.

Selalunya, roti atau produk gantian akan di hantar kepada pemgadu kurang dari tempoh 24 jam.

Kepantasan pihak Gardenia Bakeries KL mengambil maklum tentang aduan-aduan pengguna ini menyebabkan produk Gardenia menjadi pilihan ramai kerana pengguna percaya bahawa produk Gardenia adalah yang terbaik, kerana itu syarikat sangat menitik beratkan hal-ehwal pelanggan.


KEPELBAGAIAN PRODUK

Gardenia Bakeries KL juga memasarkan produk-produk lain yang komplimentari kepada produk utama syarikat iaitu ROTI.

Produk seperti Twiggies, Squiggles dan muffin yang berasaskan kek. Say Cheese roti berperisa pizza, Fluffy Buns , Delicacia yang merupakan variasi roti dan ban yang berperisa, variasi roti whole-meal dan roti-roti Gourmet dan lain-lain lagi serta tidak lupa juga kaya dan sapuan cokelat, meyebabkan pengguna merasakan bahawa Gardenia adalah satu produk roti yang 'lengkap'  untuk seisi keluarga. 

Kepelbagaian produk ini, dapat memenuhi kehendak dan keperluan lebih ramai pengguna, merentasi usia dan strata ekonomi pengguna.

Selain itu, produk-produk Gardenia adalah produk yang mudah di beli kerana harganya yang murah,  mudah didapati kerana di jual secara meluas serta boleh di pelbagaikan hidangan seperti untuk di buat sandwich, kuih-muih dan goreng-gorengan seperti roti telur dan karipap.

Tidak dilupakan juga produk yang terbaru iaitu Wrap, iaitu roti pita keluargan Gardenia dan Numee, mee kuning.







JAWATANKUASA HALAL

Di  Gardenia, Jawatankuasa Halal khas ditubuhkan untuk meneliti dan memastikan setiap peraturan -peraturan halal yang di tetapkan oleh pihak berwajib diu patuhi.

Sebagai langkah tambahan untuk melindungi status halal syarikat, Panel Penasihat Syariah bebas telah dilantik agar Gardenia boleh merujuk kepada mereka dalam hal- ehwal yang melibatkan     hal-hal berkaitan syariah.

Ini menyebabkan ramai pengguna terutamanya orang-orang islam dan mereka yang ' vegetarian' boleh menikmati produk tanpa ragu-ragu serta  lebih mempercayai status halal dan bersih  produk-produk Gardenia berbandimg dengan pesaing yang lain.

KEUPAYAAN LOGISTIK



Penghantaran roti-roti segar ke seluruh semenanjung Malaysia setiap hari , 365 hari bukanlah suatu perkara yang boleh di remehkan.

Ini bukan mudah, kerana setiap jurujual perlu ke setiap kedai setiap hari menghantar dan kemudianya mengambil roti-roti yang tidak habis,

Roti putih Gardenia adalah di hantar segar setiap hari.

Keupayaan logisik ini menyebabkan Gardenia dapat 'memembusi' rata-rata setiap isi rumah tanpa mengira bandar atau desa, rumah banglo atau rumah flat.

Roti Gardenia di mana-mana kerana penghantaran yang begitu tersusun dan konsisten.

Berdasarkan ' keunikan' yang di senaraikan, maka tidak hairanlah mengapa Produk Gardenia menjadi PILIHAN RAKYAT MALAYSIA.

   Sebagai penutupnya, jom kita nyanyi sama-sama... OOO GARDENIA, SUNGGH SEDAP DI MAKAN BEGITU SAJA...





     







 

Comments

Popular posts from this blog

Umpan Roti Gardenia Pilihan Pemancing

Kenali roti Loaf Gardenia anda,