Alamak...alamak...sudah 58.8 Kg berat, macam berlumba pula dengan cik abang siapa yang lebih 'berat' dalam rumah. Sejak musim covid-19, kurang berjalan asyik lapar dan lapar dan lapar.
Macam mana mau diet ni. Kalau nak kata kurang makan nasi memanglah kurang, hanya makan roti , tapi tak juga berkurang berat badan.
Barangkali perlu tukar roti, baru boleh kurus.
Apa kata kita makan roti Gardenia Canadian Purple Wheat, dengar kata ramai yang dah kurus lepas sebulan makan roti ni.
Sebelum kita nak makan, kita kenalah tahu apa pasal roti ni boleh bantu kita nak kurus, ala..nanti kawan-kawan kita tanya, takkanlah kita tak nak cerita sambil memberikan motivasi ala-ala trainer fitness, tak gitu?
Mula-mula kita kena tahu tentang Glycemic Indeks kalau nak pilis roti untuk kuruskan badan.
Glycemic Index (GI) atau Indeks Glisemik ini adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat itu memberi kesan kepada tahap gula dalam darah.
Dalam bahasa mudah, maksudnya, lebih tinggi nilai GI bermakna lebih lebih cepat makanan tersebut diproses dalam badan dan tahap gula akan mencanak naik dengan cepat.
Secara kasar, makanan yang manis dan terproses biasanya mempunyai GI yang tinggi dan perlu dielakkan jika anda nak turunkan berat badan mahupun nak mengawal tahap gula dalam darah.
Tetapi jangan ambil mudah, bukan semua yang manis tu mempunyai GI yang rendah, kerana itu kita sebagai pengguna perlu prihatin dan ambil berat tentang nilai GI dalam makanan jika kita bernar-benar mahu mengurangkan berat badan kita.
Glycemic Indeks ni diberi dari skala 1 hingga 100 dan di kategorikan kepada 3 kumpulan:
GI Tinggi : 70-100
GI Sederhana : 56 – 69
GI Rendah : 0 – 55
So bila pilih makanan, terutamanya nak pilih roti untuk turunkan berat badan kena belek skit label kat belakang. Jangan malas membaca.
Contoh paling mudah, kita ambil tiga jenis roti berserat tinggi Jenama Gardenia untuk di bandingkan.
Jenis - jenis roti dari Gardenia yang sesuai untuk mengurangkan berat badan.
Perbezaan GI ketiga-tiga roti.
Roti yang tinggi serat selalunya mempunyai tekstur yang agak kasar dan tak berwarna putih. Roti wholegrain ni ada tambahan serat dan akan buat kita rasa kenyang lebih lama. Roti jenis macam ni juga sangat bagus untuk proses pembuangan.
Maka, pilihlah roti Gardenia Canadian Purple Wheat dan jika tidak dijumpai, barulah pilih roti Gardenia wheatgerm atau wholemeal untuk membantu mendapatkan berat badan ideal anda.
Pantau kalori jika mahu kurangkan berat badan
'Process food' ialah makanan yang diproses, seperti roti, biskut, keropok dan juga bijirin.
Process food mengandungi tepung, di mana 1g tepung bersamaan dengan 4 kalori. 2 keping roti gardenia putih mengandungi 153 kalori.
Sedangkan purata manusia dewasa hanya memerlukan 2000 kalori sahaja sehari.
Sekiranya anda makan melebihi kalori yang diperlukan, kalori lebihan tersebut akan bertukar menjadi lemak.
Mungkin anda tidak tahu bahawa 2 keping roti putih kalorinya bersamaan 1 pinggan nasi (sederhana).
Karbohidrat roti putih adalah karbohidrat mudah, dan kabohidrat roti wholemeal pula adalah karbohidrat kompleks.
karbohidrat kompleks pula menguraikan tenaga secara perlahan-lahan ke dalam sistem peredaran darah.
karbohidrat roti putih yang tidak diuraikan sebagai tenaga akan di simpan oleh badan sebagai lemak.
Manakala serat di dalam wholemeal pula akan membantu pembuangan sisa selain memberikan rasa kekenyangan yang lebih panjang dan mengelakkan rasa lapar.
Oleh itu, mengikut kefahaman mudah, jika anda jenis yang bekerja keras dan menggunakan tenaga yang banyak seperti basuh kereta, atau anak anda jenis kanak-kanak aktif yang membesar, roti putih sesuai untuk anda dan keluarga.
Jadi, jika selepas makan roti putih, kita hanya duduk buat kerja depan computer atau main telefon , adalah lebih baik makan roti wholemeal, terutamanya Gardenia Canadian Purple Wheat berbanding roti wholemeal lain. .
Contoh jumlah kalori beberapa jenis roti.
Kalau mengikut ranking, sudah semestinya roti putih biasa Gardenia yang terbawah, diikuti dengan roti Wholemeal With Sunflower Seeds, dan yang pertama sekali, Gardenia Canadian Purple Wheat.
Kenapa Gardenia Canadian Purple Wheat? Sudah tentu kerana ia adalah roti yang terbaik untuk dipilih.
Anda boleh lihat berdasarkan indeks pemakanan di bawah:
Nutrisi Pemakanan roti Wholemeal (With Sunflower Seeds)
Jumlah Sajian: 2 keping
Kalori 148
Natrium 266 mg
Jumah Lemak 2 g
Potasium 0 mg
Lemak Tepu 1 g
Karbohidrat 22 g
Asid lemak poli tak tepu 1 g
Serabut Diet (Serat) 9 g
Asid lemak mono tak tepu 1 g
Jumlah gula 0 g
Trans 0 g
Protein 9 g
Kolesterol 0 mg
Vitamin A 0%
Kalsium 0%
Vitamin C 0%
Zat besi 0%
Nutrisi Pemakanan roti 100% WholeGrain (with Canadian Purple Wheat)
Jumlah sajian : 2 keping
Kalori 145
Natrium 249 mg
Jumlah lemak 2 g
Potasium 0 mg
Lemak tepu 1 g
Karbohidrat 21 g
Asid lemak poli tak tepu 1 g
Serabut Diet (Serat) 5 g
Asid lemak mono tak tepu 1 g
Jumlah gula 0 g
Trans 0 g
Protein 9 g
Kolesterol 0 mg
Vitamin A 0%
Kalsium 0%
Vitamin C 0%
Zat besi 0%
Maka lagi sekali di sarankan bagi mereka yang mahu mengurangkan berat badan, tukarlah kepada ' Si UNGU' Gardenia Canadian Purple Wheat.
Selain daripada kalori rendah, ia adalah jenis roti yang tinggi serat dan sangat membantu proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
Gardenia Canadian Purple Wheat PILIHAN YANG TEPAT UNTUK ANDA!
Comments
Post a Comment