Tiada yang lebih indah bagi pemancing selain daripada rentapan ikan yang memakan umpan di joran. Pelbagai-bagai Teknik dan eksperimen campuran umpan di cuba untuk memastikan mereka berjaya menarik ikan baik dari sungai, kolam, tasik atau laut. Bagi umpan roti, selalunya ia adalah untuk memancing di kolam , tasik dan sungai mengikut ‘selera’ ikan. Jangan ingat ikan tiada 'selera', kerana jika anda bersembang dengan kaki pancing mereka akan memberikan anda resepi- resepi istimewa agar anda tidak pulang dengan tangan kosong. Sebagaimana yang umum mngetahui, roti putih adalah menjadi makanan ikan terutamanya ikan kolam/ tasik. Tak percaya? Cuba anda bawa sebungkus dua roti putih dan beri makan ikan-ikan di taman-taman tasik, tengok betapa pantasnya roti anda itu habis di makan ikan. Tak payah tunggu lama, 5 minit dah habis dan anda akan ke kedai dan beli lagi, dan kemudian di sebabkan teruja, asyik dan seronok melihat ikan-ikan melompat- lompat menangkap cebisan balin
Comments
Post a Comment